Tuesday, June 14, 2011

REKOD DIVIDEN 1993-2010 (ASB, KWSP, TH, EMAS)

Aku pun terfikir untuk tengok corak keuntungan pelaburan yang biasa orang buat iaitu ASB, Tabung Haji dan terkini orang sudah sibuk untuk melabur dalam emas. Aku cari maklumat-maklumat keuntungan dari tahun 1993 sehingga 2010. Hasilnya adalah seperti graf berikut

Prosedur memplot graf

1) ASB, KWSP, LTH dan inflasi mengikut paksi hitam sebelah kiri.

2) Peratus kenaikan harga purata tahunan Emas ikut paksi oren sebelah kanan.

3) Untuk ASB, aku bagi pemberat 0.1 untuk bonus sebab bonus dikira sebagai nilai simpanan terendah bagi setiap bulan bahagi dengan 120 bulan. Kemudian, aku tolak siap-siap dengan zakat 2.5%. Jadi,
kadar efektif keuntungan ASB setahun = dividen + 0.1*bonus - 2.5%

4) Untuk KWSP, aku tak tolak zakat, sebabnya duit itu bukan sempurna lagi milik kita.

5) Untuk Emas, aku dah siap-siap tolak zakat 2.5%, kira macam ni

keuntungan = (purata harga dalam tahun semasa - purata harga dalam tahun sebelumnya)/purata harga dalam tahun sebelumnya*100% - 2.5%

Analisis dan pendapat aku
1) Keuntungan ASB, KWSP dan LTH lebih kurang sama sahaja dan mengikut corak yang hampir sama. Kalau kita masuk dalam LTH, tak perlu fikir untuk pengiraan zakat yang berasingan. Hassle free! :)

2) Nampaknya, peratus keuntungan ASB, KWSP dan LTH semakin merosot sedikit demi sedikit, tahun demi tahun. Ya! Mari pelbagaikan portfolio.

3) Kadar inflasi mencanak naik pada tahun 1998 dan 2008 menjadikan keuntungan pelaburan dimakan oleh peratus inflasi yang tinggi. Kita maklum tahun-tahun tersebut ialah dimana berlakunya masalah ekonomi global. Adakah ia akan berulang lagi pada 2018?

4) Keuntungan efektif ASB, KWSP dan LTH secara puratanya melebihi kadar inflasi pada purata lebihan 3% setiap tahun. Jadi selamatlah orang yang melabur, rugilah orang yang boros.

5) Emas tidak memberikan peratus keuntungan yang stabil. Hanya mencanak naik selepas tahun 2000. Harga merosot dari 1994 sehingga 2001). Jadi, janganlah begitu optimistik dengan mengatakan harga emas akan naik FOREVER.

(info dari kadoridesuyo.blogspot.com)


DIVIDEN ASB 1990-2007

Tahun Dividen + Bonus

2007 8.00 + 1.00
2006 7.30 + 1.25
2005 7.25 + 1.75
2004 7.25 + 2.00
2003 7.25 + 2.00
2002 7.00 + 2.00
2001 7.00 + 3.00
2000 9.75 + 2.0
1999 8.5 + 1.5 + 2 (2% adalah bonus istimewa)
1998 8.00 + 2.50
1997 10.25 + 1.25
1996 10.25 + 3.0
1995 10.0 + 3.00
1994 9.50 + 4.50
1993 9.00 + 4.50
1992 7.50 + 5.00
1991 8.50 + 4.00
1990 8.00 + 6.00

(Info dari blogsahambaru.wordpress)

Diharap maklumat ini boleh membantu anda di masa akan datang... 'Bijak Sekarang Bijak Masa Akan Datang'

No comments:

Post a Comment